Friday, 7 November 2014

APA ITU KANSER OVARI?

♀ Ovarian Cancer ♀
merupakan suatu penyakit yang paling ditakuti oleh kebanyakan wanita di dunia.. ovarian cancer atau juga dikenali sebagai kanser ovari (bm) berlaku dan bermula di ovari. Ovari merupakan organ yang diperlukan untuk menghasilkan telur wanita dan juga sumber utama hormon wanita seperti estrogen dan progesterone.  Sekarang ni ada banyak kaedah yang boleh membantu merawat kanser ovari, dan ianya berkesan sekiranya dirawat lebih awal.



 Apakah symptom Kanser Ovari?
☀ Mengalami kembung atau tekanan di dalam perut
☀ Mengalami kesakitan di bahagian abdomen atau pelvis
☀ Rasa kenyang lebih cepat semasa makan
☀ Kerap membuang air kecil
Namun begitu, symptom ini tidak semestinya merupakan symptom kanser. Sekiranya ia berlarutan setiap hari untuk beberapa minggu, segeralah berjumpa dengan doktor.

Apakah Faktor Risiko Kanser Ovari?
☂ Sejarah Keluarga - kemungkinan anda mendapat kanser ovari adalah tinggi sekiranya ada saudara-mara yang mengalami kanser payudara, ovari, kolon. 
☂ Usia - sekiranya anda hampir kepada mengalami menopause, risiko anda mendapat kanser ovari adalah tinggi 
☂ Obesiti - mereka yang mempunyai berat badan berlebihan mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mengalami kanser ovari

Peringkat-peringkat Kanser Ovari?
✽ Stage 1 : Terhad kepada satu atau kedua-dua ovari
✽ Stage 2 : Tersebar kepada rahim atau lain-lain organ yang berhampiran
✽ Stage 3 : Tersebar ke lymph nodes atau lapisan perut
✽ Stage 4 : Tersebar ke bahagian organ yang lebih jauh seperti paru-paru atau hati

Apakah yang boleh membantu Mengurangkan Risiko?
✤ Mengandung
✤ Pengambilan ubat perancang keluarga kerana ia mengelakkan ovulasi
✤ Tubal Ligation (tiub terikat)
✤ Membuang ovari (untuk mereka yang mempunyai risiko tinggi mengalami kanser ovari)
✤ Mengamalkan Diet Rendah lemak

Credit tu : supplement4all.com

No comments:

Post a Comment