Thursday, 10 April 2014

Sembelit!!! Awas atasinya sebelum terlambat




DARI sudut perubatan, sembelit berlaku apabila seseorang membuang air besar dengan kurang tiga kali seminggu.
Maksud sembelit yang biasa penulis gunakan apabila seseorang tidak membuang air besar lebih dua hari.

Golongan warga emas berusia 65 tahun ke atas dikatakan lebih mudah mengalami sembelit.

Sifat najis akibat sembelit tidak semestinya bersifat keras, kering dan berketul. Ramai penghidap sembelit perlu meneran bagi mengeluarkan najis tersebut.

Sembelit menyebabkan penghidap berasa tidak puas buang air besar, perut membuncit atau sakit perut.

Sering sembelit boleh menimbulkan menyebabkan beberapa
simptom seperti bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan, selain sukar menumpukan perhatian, mengantuk, malas, lesu kronik, artritis, hilang selera makan, sakit kepala dan masalah kulit.
✍ Bahan bertoksik

Sering sembelit dan tidak diatasi secara sempurna akan menyebabkan pengambilan makanan berkhasiat menjadi kurang bernilai.

Toksin dalam aliran darah akibat sembelit menimbulkan beban kepada organ hati untuk menjalankan detoksifikasi secara berkesan.

Hasilnya nutrien tidak dapat sampai kepada sel yang memerlukannya.

Sembelit juga menyebabkan bahan bertoksik tidak dinyahkan daripada tubuh secara cekap.

Ini akan menyebabkan peningkatan paras molekul radikal bebas.

Najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit menyebabkan ia mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat.

Sembelit didapati mampu menyebabkan pembentukan kanser usus besar. Ia dikaitkan juga dengan pembentukan diverticulosis (kantung terbentuk pada dinding kolon tanpa berlaku keradangan) dan apendiks mengalami keradangan.

Pada pandangan pakar penjagaan kesihatan alternatif termasuk penulis sendiri, sembelit bukan sahaja dipercayai boleh menyebabkan kanser kolon namun kanser pada bahagian tubuh yang lain.

Penulis pernah didatangi seorang penghidap kanser otak yang dipercayai berpunca tidak mengatasi sembelit yang dialaminya selama berdekad-dekad.

Seperti dinyatakan di atas, sering sembelit dan mengalaminya secara berpanjangan menyebabkan bahan bertoksin mengitari seluruh tubuh.

DNA tidak dapat berfungsi secara sempurna. Ia menyebabkan antara lain gangguan pembentukan pelbagai jenis enzim termasuk enzim detoksifikasi.

Detoksifkasi yang tidak cekap menyebabkan sel bersifat asid. Ia menyebabkan berlaku kekurangan oksigen di dalam sel di mana keadaan ini amat kondusif untuk pertumbuhan sel-sel kanser.

Punca pembentukan sembelit adalah pelbagai, antaranya apabila seseorang sering mengabaikan isyarat membuang air besar. Ia berlaku kerana terlalu sibuk melakukan sesuatu kerja atau memang sudah menjadi kebiasaan.

Kurang minum air dan makanan tinggi fiber juga boleh menyebabkan sembelit.

Kredit to sinarharian.com.my***


* DISCLAIMER These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

JOM ORDER SHAKLEE!!!!
Nadea Deana

✆ SMS|WA : 013-8383 204 (Nad)

No comments:

Post a Comment